Sunday, May 2, 2010

on call yang teruk


assalammualaikum(posted by abang)
macam biasa, semalam seperti biasa, melakukan satu lagi on call sebagai MO orthopedic. rupa2nya, hari ni ada kes yang agak dasyat.... sedang duduk melihat lihat pesakit kat emergency(di zon hijau), tiba tiba dapat satu panggilan dari red zone, ada pesakit xcdent, dan terdapat pendarahan yang amat banyak.... so, saya pun terus bergegas ke red zone.... masyaallah...... terkejut betul, macam banjir darah kat red zone....
rupa rupanya, ada seorang pesakit ni, dia terbelah tangannya disebabkan dihiris zink( dia sedang bawak moto, sambil memegang zink di tangan, tiba2 ada orang melintas, dia brek mengejut, so, zink yang dipegang telah menghiris tangannya di bahagian dalam siku, kalau medical term, cubital fossa.....)
darah memang banyak, memancut mancut. cuba bayangkan, arteri yang mempunyai tekanan 120mmhg, setiap kali jantung berdenyut, akan mengalirkan darah keseluruh badan, soooo... darah yang mengalir ke tangannya akan memancut keluar setiap kali jantungnya berdegup.... dan jantungnya pulak berdegup dengan kiraan 150 bit per minute!!!!
sooo... kami telah dengan pantasnya membalut tangan pesakit dengan amat ketat( untuk menghasilkan tekanan yang lebih daripada 120mmhg yang dihasilkan oleh degupan jantung pesakit) bagi mengelakkan sebarang pendarahan yang serius!! kalau tak buat macam ni, dalam masa 30 minut, pasti pesakit akan mati, kekurangan darah!
sooo.. lepas tu, terus pesakit dikejarkan ke operation teater...
alhamdulillah, pesakit dan tangannya selamat pada malam tu....
sooo... saya dengan bangganya, amat berpuas hati kerana dapat menyelamatkan tangan seorang pesakit... mungkin inilah kepuasan menjadi seorang doctor... dapat membantu pesakit....walaupun agak tertekan dan perlu membuat keputusan yang pantas, semua tekanan dan cabaran tu, hilang dengan kepuasan menyelamatkan seorang pesakit.... hehehehehe...(pesakit telah terputus brachail artery, median nerve, muscle2 di sekeliling cubital fossa, macam dalam gambar di sebelah)

1 comment:

  1. fuh seramnya...tgn terbelah kena zink....gambatte li!...kakak doakan semoga berjaya selalu kendalikan kes yg mca,m macam

    ReplyDelete