Sunday, May 16, 2010
Gembira bercampur resah
assalammualaikum(posted by abang)
semalam dan hari ini adalah antara yang gembira buatku. ada berita yang amat gembira... amat amat gembira!!! rasa macam nak melompat sampai ke bumbung, nasib baik badan ni berat, tak leh lompat tinggi2... hehehe
berita yang ditunggu2... dah nak masuk 10 bulan dah kawin, baru ja dapat berita ini...
aku sebenarnya sudah pasrah dan berserah... mengingbau kata kata dari ustaz yang memberi ceramah di corong radio, beliau menyatakan, Allah tak akan memberi sesuatu kepada seseorang hambanya, kiranya Dia tahu yang hambanya itu tidak mampu atau tidak bersedia menerimanya.... so, mungkin selama 9 bulan ni tuhan tak beri apa apa berita gembira kepada aku dan isteri kerana Dia tahu yang kami masih tidak bersedia.... walaupun hati ini meronta ronta, sentiasa berdoa agar diberikan berita gembira itu, namun, Dia lagi maha mengetahui... so, aku dan isteri redha sahaja lah dengan ketentuan... mungkin ada hikmahnya... dengan duit tak ada, rumah pun tak tetap lagi, berkejar ke sana ke sini, kerja siang malam....mungkin benar yang kami ini sebenarnya belum bersedia... hanya Dia yang maha mengetahui....
tapi, Dia jua Maha mengasihani... maka akhirnya... doa kami diterima....petang semalam isteriku ada mengajak aku ke farmasi, konon2nya nak beli ubat, tapi aku tahu, ada maksud tersembunyi... mungkin dia tak mahu memberi harapan kepada aku, so, dia beli sorok2... kat farmasi tu, UPT test harga dia RM8... so, aku ada dengar la yang jurujual tu kata kat isteri aku "RM8 satu". lepas tu aku tanya, " beli apa, harga RM8" isteriku balas dengan selamba "beli pek percubaan tuala wanita" aku balas" oooo... percubaan pun kena bayar ka?" dalam hati, dah tau dah apa yang dia beli....
so, bila balik, isteri kata nak p tandas jap... aku pun baring atas katil, tunggu dia... " awat lama sangat ni...." lepas dia keluar, aku pun masuk, nak mandi.... bila masuk, terus nampak UPT test, Ada Dua garis!!! Masyaallah!!! UPT Positive!!! aku dah sengih kambing sorang sorang dah dalam tandas... mandi pun duk senyum2... hehehe... keluar dari bilik aku, terus aku cium isteri aku!!!
Aku amat bersyukur!!! alhamdulillah!!! akhirnya ada jua berita gembira ini.... semoga berita gembira ini akan berterusan... amin!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hihi kakak balik dari lubuk meriam umi bagitau terus sengih call li nagn aimi guna handset ayah tapi tak angkat lewat dah time tu.....rasa seronok sgt....haikal nanti dapat dua adik la dia...bestnya.....tak sabar nak tgk anak li ngan aimi....tahniah !......kena berazam lagi jadi lagi bagus la dah nak jadi ayah dan mak ni....
ReplyDelete