Thursday, May 27, 2010

PERUBAHAN KEHAMILAN

Berita tentang kehamilan isteri pastinya menggembirakan suami terutama bagi yang pertama kali menjadi bapa. Namun senyuman lebar itu saja tidak cukup untuk membantu isteri yang hamil. Suami juga perlu memainkan peranan supaya isteri dapat menjalani tempoh kehamilan dengan mudah. Sebelum anda merungut dan mengelak, anda perlu tahu bahawa tuntutan ini sebenarnya disokong oleh kajian ilmiah dan bukannya hasil konspirasi ibu hamil

TRIMESTER PERTAMA
Masa penuh emosi

Ketika hamil terdapat banyak perubahan berlaku kepada tubuh isteri dan yang paling menonjol adalah perubahan emosinya. Sebabnya adalah kerana kadar estrogen dan progesterone di dalam tubuhnya berubah dan ini tidaklah menghairankan mengapa mood ibu yang hamil sering berubah-ubah. Jadi sebagai suami anda mesti pandai pengatur peranan ketika itu supaya bayi anda dapat dilahirkan dengan selamat.

Perkara yang dialami pasangan

- Sering mual dan muntah terutama diwaktu pagi ( morning sickness )
- Lekas penat dan mudah mengantuk
- Mungkin tiba-tiba meminta atau menginginkan sesuatu yg aneh misalnya makan rojak pukul 2 pagi…( sabar..! sabar..! sabar..! angguk angguk geleng geleng… )
- Emosinya cepat berubah,menangis dan berasa tertekan tanpa sebab yang jelas.

Perkara yang boleh suami lakukan
- Buatkan isteri anda berasa tenang supaya dapat berehat dan tidur secukupnya, contohnya mengusap lembut kepalanya .
- Bersiap untuk menghadapi ujian untuk mengukur betapa besarnya cinta anda kepadanya. Jangan terkejut jika dia meminta sesuatu yang aneh di tengah malam,kalau mampu apa salahnya memenuhi permintaan ibu kepada anak anda!!
- Tunjukkan rasa bahagia terhadap janin dalam kandungannya. Sapaan seperti “ Baby sedang buat apa, usik mama ye “ boleh menjadikan satu sokongan mental yang menyenagkan hati. Selain itu ibu hamil perlukan kasih sayang dan perhatian lebih daripada biasa.

TRIMESTER KEDUA
Masa-masa bahagia

Inilah masanya ibu boleh menikmati waktu kehamilan. Anda tidak begitu terseksa berbanding tempoh trimester pertama. Waktu ini juga ibu akan dapat merasai gerakan kecil si anak dan juga waktunya suami akan mula merasakan peranannya sebagai calon ayah!

Perkara yang dialami pasangan
- Emosi lebih stabil dan morning sickness makin berkurang
- Ibu hamil mula rasakan gerakan anaknya
- Merasa bahagia dengan kehamilan
- Cukup selesa dengan keadaannya sehingga timbul keinginan menikmati hubungan intim ( khabar baik buat suami ! )

Perkara yang boleh suami lakukan
- Teruskan sikap penuh pengertian. Ibu hamil masih mengalami perubahan emosi yang berkailan dengan kehamilannya.
- Seboleh mingkin dampingi dah hantarlah isteri tiap kali bertemu doktor
- Ajaklah dia kembali menikmati hubungan intim

TRIMESTER KETIGA
Takut dan cemas

Perkara yang dialami oleh isteri
- Semakin dekat dengan hari bersalin,biasanya isteri akan semakin takut dan cemas
- Merasakan penampilannya tidak menarik kerana perubahan bentuk fizikal
- Sering mengeluh sakit, sengal,nyilu dan berbagai rasa tidak senang pada tubuh terutamanya pada punggung dan bawah perut kerana bayi semakin membesar
- Mengeluh kerana sukar tidur kerana perut yang membesar menyebabkan tidak selesa untuk berbaring ( bayangkan ada orang sedang mengeletek anda didalam perut ketika anda tidur ..kadang2 dia menendang tak kira masa terutama ketika ibu sedang berehat…jika kita bergerak,bayi kan diam sebab pergerakkan kita membuai bayi didalam perut tetapi apabila ibu mula berehat dan tidur..bayi akan semakin aktif)

Perkara yang boleh suami lakukan
- Bantu pasangan untuk mengatasi rasa cemas dan takut untuk menghadapi proses bersalin. Misalnya dengan mengalih perhatian dengan mengajaknya berbelanja keperluan bayi ( huh!!! Bab shooping ni,tengah sarat pun sanggup naik turun tangga shooping komplek….)
- Pujilah isteri anda bahawa dia tetap cantik dan menarik ( ramai orang yang menjadi bertambah cantik dan berseri2 apabila hamil )
- Bantulah meringankan berbagai keluhannya dengan mengurut belakang isteri
- Bersiaplah untuk membantu dan menemaninya pada masa isteri sukar tidur. (Jangan teruskan menonton bola)

Keadaan pasangan anda tidak sama seperti apa yang dialami oleh isteri teman anda, kakak atau nenek anda ketika hamil kerana tubuh setiap wanita adalah berbeza-beza begitu juga dengan reaksi dan perubahan tubuh. Apa pun terjadi,bulatkan tekad untuk mendampingi isteri tercinta melalui saat ini.

** saya terfikir, adakah suami akan memahami keadaan saya ketika ini...rasa mual, pening, sensitif,,,bkn yg dibuat2...letih, lelah....bkn yg sengaja ditunjukkan...walaupun semangat perlu dikuatkan, tp kalo dah xsihat 2 tetap rasa xsihat...xkan nak tunjuk happy ja....hanya org yg penah melaluinya saja yg tahu... perubahan yg berlaku pada setiap bakal ibu tidak sama....
kdg2 saya rasa xmampu untuk berpura2 xsakit padahal mmg sakit...hanya Allah yg lebih mengetahui segalanya...saya bersyukur pada Allah kerana diberikan peluang untuk merfasai detik2 ini....Alhamdulillah...

Tuesday, May 25, 2010

Hospital Jitra...

assallammualaikum(posted by Abang)

hari ini, telah mendapat berita yang agak menarik!!! aku akan dipindahkan ke Hospital Jitra bermula 13 jun 2010. ini bermakna, aku akan semakin hampir dengan isteri tercinta....

rakan rakan seperjuaang yang lain, ada yang ditukarkan ke Baling, Langkawi, yan, sik, kulim.... allamdullillah... tak kena pindah ke hospital hospital tersebut... tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang telah untuk kesekian kalinya, mempermudahkan urusan hidupku... aku telah mendapat surat pertukaran ke jitra...
ini bermakna, jarak tempat kerja aku dengan isteri semakin dekat... kira kira dalam 35km jugak la... kalau p balik, 70km... kira ok laaa... daripada sekarang ni, duk berulang alik dari alor setar ke jejawi.... agak memenatkan, time consuming and waste alot of money(for petrol)...

oleh itu, aku amat berasa gembira dan sekali lagi rasa amat bersyukur dengan pemberian dari ilahi... allahdullillah!!!

Monday, May 24, 2010

asal marah ja.... mengandung


assallamualaikum(posted by abang)

sekarang bermula lagi lembaran baru dalam hidupku.... isteriku sudah mengandung!!! hehehehe....
bila mengandung ni, macam macam la karenah baru muncul.... yang paling ketara, muntah- muntah.... lepas tu sakit perut.... letih, loya.......
so, sebagai suami yang baik,aku cuba memenuhi permintaan isteri tercinta.... bila muntah, p tepuk tepuk belakang, bila sakit perut, p ambik ubat, bagi minum, bila letih, urut2 badan.... bagi isteri rasa selesa skit... tak gitu....
nasib baik emosi isteri masih belum terganggu.... tak cepat marah, tak moody, tak cepat terasa... kira masih belum ada gangguan emosi lagi lah... teringat kata kata senario "asal mengandung ja marah, asal mengandung ja marah.... asal marah ja mengandung!!!" aku hanya mampu tersenyum sorang sorang bila teringat kata kata itu, mungkin akan tiba masanya nanti.... ada orang yang akan cepat marah2.... hehehehe... tahan telinga ja laaaaa... nak buat macam mana.... Bahana Ibu mengandung.... SAPA TAK SAYANG BINI OOOIIII......

Monday, May 17, 2010

resepi SOTO untuk Hubby




hari ni rasa nak makan SOTO. selalunya saya beli ja kat SOTO kak Lina. bagi saya, masak sendiri lebih sedap dan puas. tambahan pula bila tengok suami makan sampai kenyang... sampai bertambah tambah... berbaloi baloi... hehehehe....

emmm... rasa SOTO yang saya buat ni kira ok laaa... tapi, hubby kata best!!! tu yang jadi semangat nak buat lagi tu... hehehehe. nanti, bila buat untuk lain kali, kena buat bagi lebih sedap lagi... Cayok! Cayok!!!

Sunday, May 16, 2010

Gembira bercampur resah


assalammualaikum(posted by abang)
semalam dan hari ini adalah antara yang gembira buatku. ada berita yang amat gembira... amat amat gembira!!! rasa macam nak melompat sampai ke bumbung, nasib baik badan ni berat, tak leh lompat tinggi2... hehehe
berita yang ditunggu2... dah nak masuk 10 bulan dah kawin, baru ja dapat berita ini...

aku sebenarnya sudah pasrah dan berserah... mengingbau kata kata dari ustaz yang memberi ceramah di corong radio, beliau menyatakan, Allah tak akan memberi sesuatu kepada seseorang hambanya, kiranya Dia tahu yang hambanya itu tidak mampu atau tidak bersedia menerimanya.... so, mungkin selama 9 bulan ni tuhan tak beri apa apa berita gembira kepada aku dan isteri kerana Dia tahu yang kami masih tidak bersedia.... walaupun hati ini meronta ronta, sentiasa berdoa agar diberikan berita gembira itu, namun, Dia lagi maha mengetahui... so, aku dan isteri redha sahaja lah dengan ketentuan... mungkin ada hikmahnya... dengan duit tak ada, rumah pun tak tetap lagi, berkejar ke sana ke sini, kerja siang malam....mungkin benar yang kami ini sebenarnya belum bersedia... hanya Dia yang maha mengetahui....

tapi, Dia jua Maha mengasihani... maka akhirnya... doa kami diterima....petang semalam isteriku ada mengajak aku ke farmasi, konon2nya nak beli ubat, tapi aku tahu, ada maksud tersembunyi... mungkin dia tak mahu memberi harapan kepada aku, so, dia beli sorok2... kat farmasi tu, UPT test harga dia RM8... so, aku ada dengar la yang jurujual tu kata kat isteri aku "RM8 satu". lepas tu aku tanya, " beli apa, harga RM8" isteriku balas dengan selamba "beli pek percubaan tuala wanita" aku balas" oooo... percubaan pun kena bayar ka?" dalam hati, dah tau dah apa yang dia beli....

so, bila balik, isteri kata nak p tandas jap... aku pun baring atas katil, tunggu dia... " awat lama sangat ni...." lepas dia keluar, aku pun masuk, nak mandi.... bila masuk, terus nampak UPT test, Ada Dua garis!!! Masyaallah!!! UPT Positive!!! aku dah sengih kambing sorang sorang dah dalam tandas... mandi pun duk senyum2... hehehe... keluar dari bilik aku, terus aku cium isteri aku!!!

Aku amat bersyukur!!! alhamdulillah!!! akhirnya ada jua berita gembira ini.... semoga berita gembira ini akan berterusan... amin!!!!

Tuesday, May 11, 2010

Master... Angan-angan @ realiti ????!


Tiba-tiba rasa nak sambung blaja laa...
tumpang tgh muda & masih sihat kan elok sambung blaja...
saya bercita-cita nak buat MASTER KAUNSELING.... rasanya di UUM... USM pun boleh jgk tapi agak jauh la nak ulang -alik....

saya dah bagitau abg, abg kata bagus! Abg sokong kalo ayg nak buat master....untuk masa depan yg lebih baik kata abg...

saya sedar banyak kekangan dan cabaran apabila sambung blaja ni... tambahan plk buat secara part time ni... adakah aku akan berjaya mengharunginya???

TAK DIIZINKAN....


saya teringin sangat nak blaja buat kek...pastu nak berniaga...
so saya suarakan niat saya pada suami...
saya nak masuk kelas buat kek...abang izinkan...tp abg ckp kalo nak blaja untuk buat kek makan sendiri2 ja xpa, tp kalo nak berniaga pulak, dia xbrapa suka sbb nanti saya akan lebih sibuk...dah la sibuk dah...nanti lagiiii sibuk...huhuhu....uwaaaa.....

Letiiihhh...


letih laa...hujung minggu tak dapat rest... kena kerja... actually saya baru je balik dari KL... terpaksa tinggalkan suami tersayang selama 3 hari... rinduuu wooo.... saya pasti suami pun mesti rindukan saya...hehe. Nasib baik la tiap2 kali kena outstation, saya pergi naik aeroplane, so xde la buang masa berjam-jam perjalanan...

selepas ni kena pergi mana pulak yer...huhu...
kerja...kerja...mcm tu laaa...
tp saya bersyukur kerana sudah berkerja....kt luar sana lagi ramai yang belom dapat kerja... alhamdulillah....

Sunday, May 9, 2010

assallammualaikum(posted by Abang)

emmm... hari ni hari yang gembira! my wife dah on the way nak balik ke kedah/perlis dari KL. dah berapa hari dah tak jumpa...
emmm... esok on call pulak... harap harap esok akan menjadi lagi satu on call yang menarik!
kepada isteri tercinta, rasa rindu la kat ayang... i miss u alot baby! tak sabar nak tunggu kul 5, nak p ambik ayang!

kepada umi, tak sempat nak ucap hari ibu lagi... malam nanti la nak call and ucap happy mother day!

kepada diri sendiri, kena sentiasa berdoa kepada Allah, semoga segala yang diharapkan, dapat dikabulkan... Amin!

Sunday, May 2, 2010

on call yang teruk


assalammualaikum(posted by abang)
macam biasa, semalam seperti biasa, melakukan satu lagi on call sebagai MO orthopedic. rupa2nya, hari ni ada kes yang agak dasyat.... sedang duduk melihat lihat pesakit kat emergency(di zon hijau), tiba tiba dapat satu panggilan dari red zone, ada pesakit xcdent, dan terdapat pendarahan yang amat banyak.... so, saya pun terus bergegas ke red zone.... masyaallah...... terkejut betul, macam banjir darah kat red zone....
rupa rupanya, ada seorang pesakit ni, dia terbelah tangannya disebabkan dihiris zink( dia sedang bawak moto, sambil memegang zink di tangan, tiba2 ada orang melintas, dia brek mengejut, so, zink yang dipegang telah menghiris tangannya di bahagian dalam siku, kalau medical term, cubital fossa.....)
darah memang banyak, memancut mancut. cuba bayangkan, arteri yang mempunyai tekanan 120mmhg, setiap kali jantung berdenyut, akan mengalirkan darah keseluruh badan, soooo... darah yang mengalir ke tangannya akan memancut keluar setiap kali jantungnya berdegup.... dan jantungnya pulak berdegup dengan kiraan 150 bit per minute!!!!
sooo... kami telah dengan pantasnya membalut tangan pesakit dengan amat ketat( untuk menghasilkan tekanan yang lebih daripada 120mmhg yang dihasilkan oleh degupan jantung pesakit) bagi mengelakkan sebarang pendarahan yang serius!! kalau tak buat macam ni, dalam masa 30 minut, pasti pesakit akan mati, kekurangan darah!
sooo.. lepas tu, terus pesakit dikejarkan ke operation teater...
alhamdulillah, pesakit dan tangannya selamat pada malam tu....
sooo... saya dengan bangganya, amat berpuas hati kerana dapat menyelamatkan tangan seorang pesakit... mungkin inilah kepuasan menjadi seorang doctor... dapat membantu pesakit....walaupun agak tertekan dan perlu membuat keputusan yang pantas, semua tekanan dan cabaran tu, hilang dengan kepuasan menyelamatkan seorang pesakit.... hehehehehe...(pesakit telah terputus brachail artery, median nerve, muscle2 di sekeliling cubital fossa, macam dalam gambar di sebelah)