Friday, August 20, 2010

mama & baby

mama terfikir bila mama sedih, bila mama nangis...mesti rasa senak sikit kt bwh perut...
baby faham ke perasaan mama saat2 ni...baby dapat rasa ke pedih2 drp hati mama...mama rasa baby dapat rasa semua 2 walaupun masih kecil dlm kandungan mama...

maafkan mama... mama xdapat kawal perasaan mama...mungkin mama terlalu sensitif...harap baby yg akan memahami mama...mama xmampu nk luahkan pd yg lain...
mama sayang baby...

Wednesday, June 9, 2010

nak makan otak-otak!!! xdak org nak tolong bakaaarrrr!!! sediihhh... :(

td ptg nak bli otak-otak kt jitra tp xbukkak lg kedai dia... kecewa...pastu p pasaraya cari yg frozen...pasaraya pertama xdak... pasaraya ke-2 baru ada... xsabar nak balik bakar & makan... dalam keta dah la muntah2, so perut dah kosong berangin.... bila balik umah... xleh mkn jgk... xdak org nak bakarkan...guna dapur gas pun xpa... xlarat nk diri lama2... sampai la skrg xdapat rasa lg... :( sedih & kecewa!

Wednesday, June 2, 2010

Hari Terakhir Housement

assallammualaikum(posted by Abang)

allamdullillah... akhirnya..... dugaan sebagai Housement atau nama kasaqnya kuli pecacai segala pangkat di hospital telah berakhir. tempoh 2 tahun yang dilalui amat dasyat. bermula dengan posting surgery, medical, A&E, O&G, paed, dan orthopedic, semua posting telah dilalui dengan penuh cabaran...

masih terngiang ngiang di cuping telinga peristiwa yang berlaku ketika bulan pertama bergelar housement..... suara pekikan, jeritan, amukan, cemuhan, dan perbagai bagai lagi suara suara sumbang yang dikaluarkan oleh MO dan specialist... amat menduga emosi dan intelektual. "monkey, joker, stupid, bloody fool, baaaageee" itulah panggilan panggilan samaran yang digunakan untuk memanggil atau menyeru housement....

masih teringat difikiranku, aku telah ditengking oleh seorang MO, Dr Jasjit( MO ini akan aku ingat sampai mati!!!) pada malam pertama memulakan on call selaku housement "hei baageee, u want me to throw u down from this floor(3rd floor) or u want to jump from here!!!" " stupid! bloody fool monkey!!!" pada ketika itu, aku merasakan amat tercabar, "inikah kerja seorang doktor?, dimanakah maruah seorang doktor, yang dikatakan memegang jawatan yang profesional? inikah yang akan aku lalui sepanjang 2 tahun nanti? huuuhhh... dasyat... dasyat...

masih lagi aku terkenang, pada pukul 5 pagi, ketika semua insan yang bergelar manusia sedang lena diulik mimpi, aku sudah terpacak di ward 3C! memulakan tugas selaku pecacai! ambik darah, tengok result yang tak siap, hafal kes, berlari ke lab melakukan investigation, kejut pesakit, solat subuh!!! sedar tak sedar, dah pukul 7 pagi... baju yang dipakai dah basah dek peluh... hati dah tak tenang...sebab masa ni ward round akan bermula... sebab masa ini adalah masa untuk ditengking, diperli, diugut akan di extend sekiranya prestasi tak memuaskan... macam macam lah.....

emmm... aku masih teringat, satu kes yang berlaku... seorang pesakit telah di miss manage oleh doktor, my MO laaa (sapa lagi).... walaupun aku telah menegur MO aku tentang keadaan pesakit dan perlu dilakukan sesuatu kepada pesakit, namun MO buat dek ja... nak dijadikan cerita, specialist telah dapat menghidu yang telah berlaku miss management untuk pesakit ini... dalam hati, habis la aku... mesti aku yang kena.... so, akhir cerita... last sekali, MO dapat meloloskan diri... pecacai angkat tahi ni laaa yang kena... bergema satu ward dengan suara specialist.... nak buat macam mana... sebab memang dah lumrah... APA APA KESILAPAN YANG BERLAKU, HOUSEMENT YANG SALAH. alaaaa.. macam yang selalu terpangpang di dada akhbar laaa.... semua kesalahan diletakkan di bahu housement(pegawai perubatan pelatih). itulah lumrah menjadi houmement! buat betul orang tak puji, buat salah..... habis la kamu... bagaikan mentimun dilenyek oleh durian... lenyai....

apabila aku memulakan posting di jabatan O&G.... lagi hebat... orang pompuan nak mengandung kat kedah ni amat lah ramai... tak terbilang.. sehari, adalah dekat 40-50 orang beranak.... sooo.. dijadikan cerita... aku ditugaskan menjaga lobour room... AMAT HEBAT!!! bagaikan aku ni berada di medan Perang!!! dasyat sungguh!!! staff nurse yang bodoh, tak reti buat kerja, kerja duk mengumpat, bersembang ja reti, kerja depa duk " Dr Nazli, CTG patient tak elok, Dr Nazli noted ye!!!" "mai la tengok patient, kalau apa apa jadi, Dr jawab yeeee" cuba bayangkan, dengan ada 10 pesakit nak beranak dalam satu masa, 5 pesakit di CMR(macam ICU la, tapi ini khas untuk orang pregnant), baby yang keluar nak kena tengok, ada patient yang post delivery berdarah banyak tak berenti, nak kena clerk patient yang baru masuk, ada baby yang lahir flat!! anda pulak bekerja seorang diri!!! SERIUS!!! SERIUS !!! SERIUS AMAT AMAT DASYAT!!!... AMAT AMAT AMAT (kalau blh nak tulis sampai ambis page) DASYAT!!!! Macam di medan perang!!! kiranya ditanya tempat mana yang anda tidak mahu pergi selepas neraka... Jawapannya ialah LABOUR ROOM!!!

sooo... dengan suasana kerja begini, hidup tak menentu... stress dengan kerja... cuti hujung minggu pun tak ada... sooo.... bagaimana aku blh survive!!! hebat bin ajaib!!!

jawabnya ialah.... pujian dari pesakit!!! pada satu hari... sedang sibuk membuat kerja(sibuk sampai makan pun tak sempat) maklumlah, on call.... (makan tengah hari pun tak, malam pun tak...) aku sedang clerk seorang pesakit... dia mengidap barah payudara... telah merebak ke tulang... aku dengan biasa, walaupun sibuk, letih, masih blh senyum dan berlawak jenaka dengan pesakit... akhir sekali, pesakit tu cakap "nasib baik lah Dr Nazli yang on call hari ni, mak cik syok sangat, sebab dr nazli baik, selalu senyum... kalau Dr lain, nak senyum pun susah..terima kasih Dr..." aku terkesima.... hebat sangat ka aku ni... sekadar kuli pecacai ja... tapi, bila pesakit berkata macam tu, aku rasa semua penat lelah.. macam hilang... rasa macam berbaloi...

sooo... sekarang semua pengalaman selaku housement... biar la aku simpan... pengalaman yang sukar untuk dicari ganti... amat bernilai... amat hebat... walaupun ia suatu yang amat dasyat, amat dibenci.. namun, untuk memperoleh pengalaman sebegini... amat sukar dicari ganti... aku amat berbangga dengan pengalaman pengalaman ini... amat HEBAT dan BERNILAI.. namun... untuk mengulanginya semula... TIDAK sama sekali!!!

Thursday, May 27, 2010

PERUBAHAN KEHAMILAN

Berita tentang kehamilan isteri pastinya menggembirakan suami terutama bagi yang pertama kali menjadi bapa. Namun senyuman lebar itu saja tidak cukup untuk membantu isteri yang hamil. Suami juga perlu memainkan peranan supaya isteri dapat menjalani tempoh kehamilan dengan mudah. Sebelum anda merungut dan mengelak, anda perlu tahu bahawa tuntutan ini sebenarnya disokong oleh kajian ilmiah dan bukannya hasil konspirasi ibu hamil

TRIMESTER PERTAMA
Masa penuh emosi

Ketika hamil terdapat banyak perubahan berlaku kepada tubuh isteri dan yang paling menonjol adalah perubahan emosinya. Sebabnya adalah kerana kadar estrogen dan progesterone di dalam tubuhnya berubah dan ini tidaklah menghairankan mengapa mood ibu yang hamil sering berubah-ubah. Jadi sebagai suami anda mesti pandai pengatur peranan ketika itu supaya bayi anda dapat dilahirkan dengan selamat.

Perkara yang dialami pasangan

- Sering mual dan muntah terutama diwaktu pagi ( morning sickness )
- Lekas penat dan mudah mengantuk
- Mungkin tiba-tiba meminta atau menginginkan sesuatu yg aneh misalnya makan rojak pukul 2 pagi…( sabar..! sabar..! sabar..! angguk angguk geleng geleng… )
- Emosinya cepat berubah,menangis dan berasa tertekan tanpa sebab yang jelas.

Perkara yang boleh suami lakukan
- Buatkan isteri anda berasa tenang supaya dapat berehat dan tidur secukupnya, contohnya mengusap lembut kepalanya .
- Bersiap untuk menghadapi ujian untuk mengukur betapa besarnya cinta anda kepadanya. Jangan terkejut jika dia meminta sesuatu yang aneh di tengah malam,kalau mampu apa salahnya memenuhi permintaan ibu kepada anak anda!!
- Tunjukkan rasa bahagia terhadap janin dalam kandungannya. Sapaan seperti “ Baby sedang buat apa, usik mama ye “ boleh menjadikan satu sokongan mental yang menyenagkan hati. Selain itu ibu hamil perlukan kasih sayang dan perhatian lebih daripada biasa.

TRIMESTER KEDUA
Masa-masa bahagia

Inilah masanya ibu boleh menikmati waktu kehamilan. Anda tidak begitu terseksa berbanding tempoh trimester pertama. Waktu ini juga ibu akan dapat merasai gerakan kecil si anak dan juga waktunya suami akan mula merasakan peranannya sebagai calon ayah!

Perkara yang dialami pasangan
- Emosi lebih stabil dan morning sickness makin berkurang
- Ibu hamil mula rasakan gerakan anaknya
- Merasa bahagia dengan kehamilan
- Cukup selesa dengan keadaannya sehingga timbul keinginan menikmati hubungan intim ( khabar baik buat suami ! )

Perkara yang boleh suami lakukan
- Teruskan sikap penuh pengertian. Ibu hamil masih mengalami perubahan emosi yang berkailan dengan kehamilannya.
- Seboleh mingkin dampingi dah hantarlah isteri tiap kali bertemu doktor
- Ajaklah dia kembali menikmati hubungan intim

TRIMESTER KETIGA
Takut dan cemas

Perkara yang dialami oleh isteri
- Semakin dekat dengan hari bersalin,biasanya isteri akan semakin takut dan cemas
- Merasakan penampilannya tidak menarik kerana perubahan bentuk fizikal
- Sering mengeluh sakit, sengal,nyilu dan berbagai rasa tidak senang pada tubuh terutamanya pada punggung dan bawah perut kerana bayi semakin membesar
- Mengeluh kerana sukar tidur kerana perut yang membesar menyebabkan tidak selesa untuk berbaring ( bayangkan ada orang sedang mengeletek anda didalam perut ketika anda tidur ..kadang2 dia menendang tak kira masa terutama ketika ibu sedang berehat…jika kita bergerak,bayi kan diam sebab pergerakkan kita membuai bayi didalam perut tetapi apabila ibu mula berehat dan tidur..bayi akan semakin aktif)

Perkara yang boleh suami lakukan
- Bantu pasangan untuk mengatasi rasa cemas dan takut untuk menghadapi proses bersalin. Misalnya dengan mengalih perhatian dengan mengajaknya berbelanja keperluan bayi ( huh!!! Bab shooping ni,tengah sarat pun sanggup naik turun tangga shooping komplek….)
- Pujilah isteri anda bahawa dia tetap cantik dan menarik ( ramai orang yang menjadi bertambah cantik dan berseri2 apabila hamil )
- Bantulah meringankan berbagai keluhannya dengan mengurut belakang isteri
- Bersiaplah untuk membantu dan menemaninya pada masa isteri sukar tidur. (Jangan teruskan menonton bola)

Keadaan pasangan anda tidak sama seperti apa yang dialami oleh isteri teman anda, kakak atau nenek anda ketika hamil kerana tubuh setiap wanita adalah berbeza-beza begitu juga dengan reaksi dan perubahan tubuh. Apa pun terjadi,bulatkan tekad untuk mendampingi isteri tercinta melalui saat ini.

** saya terfikir, adakah suami akan memahami keadaan saya ketika ini...rasa mual, pening, sensitif,,,bkn yg dibuat2...letih, lelah....bkn yg sengaja ditunjukkan...walaupun semangat perlu dikuatkan, tp kalo dah xsihat 2 tetap rasa xsihat...xkan nak tunjuk happy ja....hanya org yg penah melaluinya saja yg tahu... perubahan yg berlaku pada setiap bakal ibu tidak sama....
kdg2 saya rasa xmampu untuk berpura2 xsakit padahal mmg sakit...hanya Allah yg lebih mengetahui segalanya...saya bersyukur pada Allah kerana diberikan peluang untuk merfasai detik2 ini....Alhamdulillah...

Tuesday, May 25, 2010

Hospital Jitra...

assallammualaikum(posted by Abang)

hari ini, telah mendapat berita yang agak menarik!!! aku akan dipindahkan ke Hospital Jitra bermula 13 jun 2010. ini bermakna, aku akan semakin hampir dengan isteri tercinta....

rakan rakan seperjuaang yang lain, ada yang ditukarkan ke Baling, Langkawi, yan, sik, kulim.... allamdullillah... tak kena pindah ke hospital hospital tersebut... tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang telah untuk kesekian kalinya, mempermudahkan urusan hidupku... aku telah mendapat surat pertukaran ke jitra...
ini bermakna, jarak tempat kerja aku dengan isteri semakin dekat... kira kira dalam 35km jugak la... kalau p balik, 70km... kira ok laaa... daripada sekarang ni, duk berulang alik dari alor setar ke jejawi.... agak memenatkan, time consuming and waste alot of money(for petrol)...

oleh itu, aku amat berasa gembira dan sekali lagi rasa amat bersyukur dengan pemberian dari ilahi... allahdullillah!!!

Monday, May 24, 2010

asal marah ja.... mengandung


assallamualaikum(posted by abang)

sekarang bermula lagi lembaran baru dalam hidupku.... isteriku sudah mengandung!!! hehehehe....
bila mengandung ni, macam macam la karenah baru muncul.... yang paling ketara, muntah- muntah.... lepas tu sakit perut.... letih, loya.......
so, sebagai suami yang baik,aku cuba memenuhi permintaan isteri tercinta.... bila muntah, p tepuk tepuk belakang, bila sakit perut, p ambik ubat, bagi minum, bila letih, urut2 badan.... bagi isteri rasa selesa skit... tak gitu....
nasib baik emosi isteri masih belum terganggu.... tak cepat marah, tak moody, tak cepat terasa... kira masih belum ada gangguan emosi lagi lah... teringat kata kata senario "asal mengandung ja marah, asal mengandung ja marah.... asal marah ja mengandung!!!" aku hanya mampu tersenyum sorang sorang bila teringat kata kata itu, mungkin akan tiba masanya nanti.... ada orang yang akan cepat marah2.... hehehehe... tahan telinga ja laaaaa... nak buat macam mana.... Bahana Ibu mengandung.... SAPA TAK SAYANG BINI OOOIIII......

Monday, May 17, 2010

resepi SOTO untuk Hubby




hari ni rasa nak makan SOTO. selalunya saya beli ja kat SOTO kak Lina. bagi saya, masak sendiri lebih sedap dan puas. tambahan pula bila tengok suami makan sampai kenyang... sampai bertambah tambah... berbaloi baloi... hehehehe....

emmm... rasa SOTO yang saya buat ni kira ok laaa... tapi, hubby kata best!!! tu yang jadi semangat nak buat lagi tu... hehehehe. nanti, bila buat untuk lain kali, kena buat bagi lebih sedap lagi... Cayok! Cayok!!!

Sunday, May 16, 2010

Gembira bercampur resah


assalammualaikum(posted by abang)
semalam dan hari ini adalah antara yang gembira buatku. ada berita yang amat gembira... amat amat gembira!!! rasa macam nak melompat sampai ke bumbung, nasib baik badan ni berat, tak leh lompat tinggi2... hehehe
berita yang ditunggu2... dah nak masuk 10 bulan dah kawin, baru ja dapat berita ini...

aku sebenarnya sudah pasrah dan berserah... mengingbau kata kata dari ustaz yang memberi ceramah di corong radio, beliau menyatakan, Allah tak akan memberi sesuatu kepada seseorang hambanya, kiranya Dia tahu yang hambanya itu tidak mampu atau tidak bersedia menerimanya.... so, mungkin selama 9 bulan ni tuhan tak beri apa apa berita gembira kepada aku dan isteri kerana Dia tahu yang kami masih tidak bersedia.... walaupun hati ini meronta ronta, sentiasa berdoa agar diberikan berita gembira itu, namun, Dia lagi maha mengetahui... so, aku dan isteri redha sahaja lah dengan ketentuan... mungkin ada hikmahnya... dengan duit tak ada, rumah pun tak tetap lagi, berkejar ke sana ke sini, kerja siang malam....mungkin benar yang kami ini sebenarnya belum bersedia... hanya Dia yang maha mengetahui....

tapi, Dia jua Maha mengasihani... maka akhirnya... doa kami diterima....petang semalam isteriku ada mengajak aku ke farmasi, konon2nya nak beli ubat, tapi aku tahu, ada maksud tersembunyi... mungkin dia tak mahu memberi harapan kepada aku, so, dia beli sorok2... kat farmasi tu, UPT test harga dia RM8... so, aku ada dengar la yang jurujual tu kata kat isteri aku "RM8 satu". lepas tu aku tanya, " beli apa, harga RM8" isteriku balas dengan selamba "beli pek percubaan tuala wanita" aku balas" oooo... percubaan pun kena bayar ka?" dalam hati, dah tau dah apa yang dia beli....

so, bila balik, isteri kata nak p tandas jap... aku pun baring atas katil, tunggu dia... " awat lama sangat ni...." lepas dia keluar, aku pun masuk, nak mandi.... bila masuk, terus nampak UPT test, Ada Dua garis!!! Masyaallah!!! UPT Positive!!! aku dah sengih kambing sorang sorang dah dalam tandas... mandi pun duk senyum2... hehehe... keluar dari bilik aku, terus aku cium isteri aku!!!

Aku amat bersyukur!!! alhamdulillah!!! akhirnya ada jua berita gembira ini.... semoga berita gembira ini akan berterusan... amin!!!!

Tuesday, May 11, 2010

Master... Angan-angan @ realiti ????!


Tiba-tiba rasa nak sambung blaja laa...
tumpang tgh muda & masih sihat kan elok sambung blaja...
saya bercita-cita nak buat MASTER KAUNSELING.... rasanya di UUM... USM pun boleh jgk tapi agak jauh la nak ulang -alik....

saya dah bagitau abg, abg kata bagus! Abg sokong kalo ayg nak buat master....untuk masa depan yg lebih baik kata abg...

saya sedar banyak kekangan dan cabaran apabila sambung blaja ni... tambahan plk buat secara part time ni... adakah aku akan berjaya mengharunginya???

TAK DIIZINKAN....


saya teringin sangat nak blaja buat kek...pastu nak berniaga...
so saya suarakan niat saya pada suami...
saya nak masuk kelas buat kek...abang izinkan...tp abg ckp kalo nak blaja untuk buat kek makan sendiri2 ja xpa, tp kalo nak berniaga pulak, dia xbrapa suka sbb nanti saya akan lebih sibuk...dah la sibuk dah...nanti lagiiii sibuk...huhuhu....uwaaaa.....

Letiiihhh...


letih laa...hujung minggu tak dapat rest... kena kerja... actually saya baru je balik dari KL... terpaksa tinggalkan suami tersayang selama 3 hari... rinduuu wooo.... saya pasti suami pun mesti rindukan saya...hehe. Nasib baik la tiap2 kali kena outstation, saya pergi naik aeroplane, so xde la buang masa berjam-jam perjalanan...

selepas ni kena pergi mana pulak yer...huhu...
kerja...kerja...mcm tu laaa...
tp saya bersyukur kerana sudah berkerja....kt luar sana lagi ramai yang belom dapat kerja... alhamdulillah....

Sunday, May 9, 2010

assallammualaikum(posted by Abang)

emmm... hari ni hari yang gembira! my wife dah on the way nak balik ke kedah/perlis dari KL. dah berapa hari dah tak jumpa...
emmm... esok on call pulak... harap harap esok akan menjadi lagi satu on call yang menarik!
kepada isteri tercinta, rasa rindu la kat ayang... i miss u alot baby! tak sabar nak tunggu kul 5, nak p ambik ayang!

kepada umi, tak sempat nak ucap hari ibu lagi... malam nanti la nak call and ucap happy mother day!

kepada diri sendiri, kena sentiasa berdoa kepada Allah, semoga segala yang diharapkan, dapat dikabulkan... Amin!

Sunday, May 2, 2010

on call yang teruk


assalammualaikum(posted by abang)
macam biasa, semalam seperti biasa, melakukan satu lagi on call sebagai MO orthopedic. rupa2nya, hari ni ada kes yang agak dasyat.... sedang duduk melihat lihat pesakit kat emergency(di zon hijau), tiba tiba dapat satu panggilan dari red zone, ada pesakit xcdent, dan terdapat pendarahan yang amat banyak.... so, saya pun terus bergegas ke red zone.... masyaallah...... terkejut betul, macam banjir darah kat red zone....
rupa rupanya, ada seorang pesakit ni, dia terbelah tangannya disebabkan dihiris zink( dia sedang bawak moto, sambil memegang zink di tangan, tiba2 ada orang melintas, dia brek mengejut, so, zink yang dipegang telah menghiris tangannya di bahagian dalam siku, kalau medical term, cubital fossa.....)
darah memang banyak, memancut mancut. cuba bayangkan, arteri yang mempunyai tekanan 120mmhg, setiap kali jantung berdenyut, akan mengalirkan darah keseluruh badan, soooo... darah yang mengalir ke tangannya akan memancut keluar setiap kali jantungnya berdegup.... dan jantungnya pulak berdegup dengan kiraan 150 bit per minute!!!!
sooo... kami telah dengan pantasnya membalut tangan pesakit dengan amat ketat( untuk menghasilkan tekanan yang lebih daripada 120mmhg yang dihasilkan oleh degupan jantung pesakit) bagi mengelakkan sebarang pendarahan yang serius!! kalau tak buat macam ni, dalam masa 30 minut, pasti pesakit akan mati, kekurangan darah!
sooo.. lepas tu, terus pesakit dikejarkan ke operation teater...
alhamdulillah, pesakit dan tangannya selamat pada malam tu....
sooo... saya dengan bangganya, amat berpuas hati kerana dapat menyelamatkan tangan seorang pesakit... mungkin inilah kepuasan menjadi seorang doctor... dapat membantu pesakit....walaupun agak tertekan dan perlu membuat keputusan yang pantas, semua tekanan dan cabaran tu, hilang dengan kepuasan menyelamatkan seorang pesakit.... hehehehehe...(pesakit telah terputus brachail artery, median nerve, muscle2 di sekeliling cubital fossa, macam dalam gambar di sebelah)

Friday, April 30, 2010

1st may...nak p shopping

hari pekerja...sepatutnya cuti la duk umah rest, khemas umah n abiskan masa dgn family..
tp tetap kna bangun awal, coz ada majlis riang ria bersama canselor di kubang gajah! panas n letih tp syok gak laa...ramai2 bersenam dengan kawan2... dah la aku semakin berisi ni... pg tadi kak salha tegur aku...tp papepun still comel lg kan... aku mmg nak diet ni tp hari2 kna masak, aku ske masak, dan....sudah semestinya sedap kan...hubby aku kata la...mmg sedap...ermm...mayb jgk nk ambik ati aku...tp mmg sedap lah...xleh sangkal2 lg...hahahaha...riak sebentar!!!

btw harini hubby oncall lagi...hmmm...so petang ni nak p tesco...td nak p kedai perkakas elektrik nak bli breadmaker...hehe...aku bercita2 nak berniaga la...nak buat roti @ bun...bleh mak jual kat skolah dia, adik jual kat U dia, hubby lak jual kat spital...haha..menarik2... bkn pa, saja ja sronok2, dapat duit lebih lagi sonok kan...sempat ke x xtau la...mcm xcukup hari ja dalam seminggu sabtu ahad still kna kerja...ujung mggu mcm2 program siang malam... masa untuk keluarga???????????? sapa nak jawab niii...
apa2pun...yg penting harini mesti bli barang 2...1st step la untuk berniaga...

Thursday, April 29, 2010

post call...


assallammualaikum...(posted by abang)
hari ni balik rumah 8.00pm. semalam on call yang agak menarik... kes tak banyak, senang2 ja... dalam kul 2 pagi dah blh tido dah... hehehehe... kira tak JONA la ni.... refer case as in patient pun tak dak...hohohoho.... ada satu kes ja dari jitra, budak umur 9 tahun, patah tangan kanan, open fracture right ulnar... referred kul 12malam, so, operation esok ja la... surgeon dah ngantuk...

tapi, walaupun tak JONA, still patient ramai... tapi, macam biasa la, saya senyum sokmo ja, bak kata teacher saya time study dulu, the most powerful medication is smile, it can cure almost half of your patient pain and problem..... so.... smile always!!!!

abis postcall, saya memulakan kerja pada paginya seperti biasa... abis kerja kul 5.00ptg, terus balik main badminton ngan geng2 ortho... pastu, terus balik perlis...
i really2 miss my wife..... semalam sempat call sekali ja, kul 12 lebih, isteri dah nak tido, call wish gudnite....hehehehe...(kecian dia tido sorang2 malam ni)

ok...panjang lebar dah ni... nanti saya tulis yang lain lak

Wednesday, April 28, 2010

sunyiii...abang oncall




hmm...harini pas balik keje, terus on laptop...ni la aktiviti yg biasa sgt saya lakukan kalo suami oncall (sudah lali dengan oncall sejak menjadi kekasih, tunang & isteri kepada seorang doktor)... sunyi rasanya walaupun rumah ni mmg riuh dengan leteran tok...tp kalo tok xcakap banyak, xsyok gak....senyap lak umah ni....hehehe.

hari ini suami tersayang oncall...keluar kerja pukul 6.00 pagi balik pukul 6 petang keesokan harinya...lamanyaa... kalo saya di tempat abg, tak sanggup rasanya untuk berkerja dalam tempoh yang agak lama, kadang-kadang tak sempat makan dan tak tidur malam... sungguh murni usaha dan pengorbanan abang untuk membantu pesakit-pesakit yang memerlukan abang...sebagai isteri, saya rasa kasihan kat abg...balik keja abg kena layan karenah isteri pulak....tapi abg tetap melemparkan senyuman manis untuk saya....abg tak pernah mengeluh, abg cakap : apa yang abg lakukan sbb abg nak ayg gembira dan bahagia... thanks sayang!

Tuesday, April 27, 2010

first step

27 april 2010..... jam 11:30pm....
hehehehe... bermulanya satu lembaran baru.... blog ini adalah permulaan bagiku dan suami.... insyaallah... akan kami gambarkan segala yang berlaku di sini.... semoga apa yang tersirat dapat disuratkan di sini.... dan... semoga dengan blog ini, akan mengeratkan lagi hubungan kami berdua... amin....