Monday, May 17, 2010

resepi SOTO untuk Hubby




hari ni rasa nak makan SOTO. selalunya saya beli ja kat SOTO kak Lina. bagi saya, masak sendiri lebih sedap dan puas. tambahan pula bila tengok suami makan sampai kenyang... sampai bertambah tambah... berbaloi baloi... hehehehe....

emmm... rasa SOTO yang saya buat ni kira ok laaa... tapi, hubby kata best!!! tu yang jadi semangat nak buat lagi tu... hehehehe. nanti, bila buat untuk lain kali, kena buat bagi lebih sedap lagi... Cayok! Cayok!!!

Sunday, May 16, 2010

Gembira bercampur resah


assalammualaikum(posted by abang)
semalam dan hari ini adalah antara yang gembira buatku. ada berita yang amat gembira... amat amat gembira!!! rasa macam nak melompat sampai ke bumbung, nasib baik badan ni berat, tak leh lompat tinggi2... hehehe
berita yang ditunggu2... dah nak masuk 10 bulan dah kawin, baru ja dapat berita ini...

aku sebenarnya sudah pasrah dan berserah... mengingbau kata kata dari ustaz yang memberi ceramah di corong radio, beliau menyatakan, Allah tak akan memberi sesuatu kepada seseorang hambanya, kiranya Dia tahu yang hambanya itu tidak mampu atau tidak bersedia menerimanya.... so, mungkin selama 9 bulan ni tuhan tak beri apa apa berita gembira kepada aku dan isteri kerana Dia tahu yang kami masih tidak bersedia.... walaupun hati ini meronta ronta, sentiasa berdoa agar diberikan berita gembira itu, namun, Dia lagi maha mengetahui... so, aku dan isteri redha sahaja lah dengan ketentuan... mungkin ada hikmahnya... dengan duit tak ada, rumah pun tak tetap lagi, berkejar ke sana ke sini, kerja siang malam....mungkin benar yang kami ini sebenarnya belum bersedia... hanya Dia yang maha mengetahui....

tapi, Dia jua Maha mengasihani... maka akhirnya... doa kami diterima....petang semalam isteriku ada mengajak aku ke farmasi, konon2nya nak beli ubat, tapi aku tahu, ada maksud tersembunyi... mungkin dia tak mahu memberi harapan kepada aku, so, dia beli sorok2... kat farmasi tu, UPT test harga dia RM8... so, aku ada dengar la yang jurujual tu kata kat isteri aku "RM8 satu". lepas tu aku tanya, " beli apa, harga RM8" isteriku balas dengan selamba "beli pek percubaan tuala wanita" aku balas" oooo... percubaan pun kena bayar ka?" dalam hati, dah tau dah apa yang dia beli....

so, bila balik, isteri kata nak p tandas jap... aku pun baring atas katil, tunggu dia... " awat lama sangat ni...." lepas dia keluar, aku pun masuk, nak mandi.... bila masuk, terus nampak UPT test, Ada Dua garis!!! Masyaallah!!! UPT Positive!!! aku dah sengih kambing sorang sorang dah dalam tandas... mandi pun duk senyum2... hehehe... keluar dari bilik aku, terus aku cium isteri aku!!!

Aku amat bersyukur!!! alhamdulillah!!! akhirnya ada jua berita gembira ini.... semoga berita gembira ini akan berterusan... amin!!!!

Tuesday, May 11, 2010

Master... Angan-angan @ realiti ????!


Tiba-tiba rasa nak sambung blaja laa...
tumpang tgh muda & masih sihat kan elok sambung blaja...
saya bercita-cita nak buat MASTER KAUNSELING.... rasanya di UUM... USM pun boleh jgk tapi agak jauh la nak ulang -alik....

saya dah bagitau abg, abg kata bagus! Abg sokong kalo ayg nak buat master....untuk masa depan yg lebih baik kata abg...

saya sedar banyak kekangan dan cabaran apabila sambung blaja ni... tambahan plk buat secara part time ni... adakah aku akan berjaya mengharunginya???

TAK DIIZINKAN....


saya teringin sangat nak blaja buat kek...pastu nak berniaga...
so saya suarakan niat saya pada suami...
saya nak masuk kelas buat kek...abang izinkan...tp abg ckp kalo nak blaja untuk buat kek makan sendiri2 ja xpa, tp kalo nak berniaga pulak, dia xbrapa suka sbb nanti saya akan lebih sibuk...dah la sibuk dah...nanti lagiiii sibuk...huhuhu....uwaaaa.....

Letiiihhh...


letih laa...hujung minggu tak dapat rest... kena kerja... actually saya baru je balik dari KL... terpaksa tinggalkan suami tersayang selama 3 hari... rinduuu wooo.... saya pasti suami pun mesti rindukan saya...hehe. Nasib baik la tiap2 kali kena outstation, saya pergi naik aeroplane, so xde la buang masa berjam-jam perjalanan...

selepas ni kena pergi mana pulak yer...huhu...
kerja...kerja...mcm tu laaa...
tp saya bersyukur kerana sudah berkerja....kt luar sana lagi ramai yang belom dapat kerja... alhamdulillah....

Sunday, May 9, 2010

assallammualaikum(posted by Abang)

emmm... hari ni hari yang gembira! my wife dah on the way nak balik ke kedah/perlis dari KL. dah berapa hari dah tak jumpa...
emmm... esok on call pulak... harap harap esok akan menjadi lagi satu on call yang menarik!
kepada isteri tercinta, rasa rindu la kat ayang... i miss u alot baby! tak sabar nak tunggu kul 5, nak p ambik ayang!

kepada umi, tak sempat nak ucap hari ibu lagi... malam nanti la nak call and ucap happy mother day!

kepada diri sendiri, kena sentiasa berdoa kepada Allah, semoga segala yang diharapkan, dapat dikabulkan... Amin!

Sunday, May 2, 2010

on call yang teruk


assalammualaikum(posted by abang)
macam biasa, semalam seperti biasa, melakukan satu lagi on call sebagai MO orthopedic. rupa2nya, hari ni ada kes yang agak dasyat.... sedang duduk melihat lihat pesakit kat emergency(di zon hijau), tiba tiba dapat satu panggilan dari red zone, ada pesakit xcdent, dan terdapat pendarahan yang amat banyak.... so, saya pun terus bergegas ke red zone.... masyaallah...... terkejut betul, macam banjir darah kat red zone....
rupa rupanya, ada seorang pesakit ni, dia terbelah tangannya disebabkan dihiris zink( dia sedang bawak moto, sambil memegang zink di tangan, tiba2 ada orang melintas, dia brek mengejut, so, zink yang dipegang telah menghiris tangannya di bahagian dalam siku, kalau medical term, cubital fossa.....)
darah memang banyak, memancut mancut. cuba bayangkan, arteri yang mempunyai tekanan 120mmhg, setiap kali jantung berdenyut, akan mengalirkan darah keseluruh badan, soooo... darah yang mengalir ke tangannya akan memancut keluar setiap kali jantungnya berdegup.... dan jantungnya pulak berdegup dengan kiraan 150 bit per minute!!!!
sooo... kami telah dengan pantasnya membalut tangan pesakit dengan amat ketat( untuk menghasilkan tekanan yang lebih daripada 120mmhg yang dihasilkan oleh degupan jantung pesakit) bagi mengelakkan sebarang pendarahan yang serius!! kalau tak buat macam ni, dalam masa 30 minut, pasti pesakit akan mati, kekurangan darah!
sooo.. lepas tu, terus pesakit dikejarkan ke operation teater...
alhamdulillah, pesakit dan tangannya selamat pada malam tu....
sooo... saya dengan bangganya, amat berpuas hati kerana dapat menyelamatkan tangan seorang pesakit... mungkin inilah kepuasan menjadi seorang doctor... dapat membantu pesakit....walaupun agak tertekan dan perlu membuat keputusan yang pantas, semua tekanan dan cabaran tu, hilang dengan kepuasan menyelamatkan seorang pesakit.... hehehehehe...(pesakit telah terputus brachail artery, median nerve, muscle2 di sekeliling cubital fossa, macam dalam gambar di sebelah)