Wednesday, June 2, 2010

Hari Terakhir Housement

assallammualaikum(posted by Abang)

allamdullillah... akhirnya..... dugaan sebagai Housement atau nama kasaqnya kuli pecacai segala pangkat di hospital telah berakhir. tempoh 2 tahun yang dilalui amat dasyat. bermula dengan posting surgery, medical, A&E, O&G, paed, dan orthopedic, semua posting telah dilalui dengan penuh cabaran...

masih terngiang ngiang di cuping telinga peristiwa yang berlaku ketika bulan pertama bergelar housement..... suara pekikan, jeritan, amukan, cemuhan, dan perbagai bagai lagi suara suara sumbang yang dikaluarkan oleh MO dan specialist... amat menduga emosi dan intelektual. "monkey, joker, stupid, bloody fool, baaaageee" itulah panggilan panggilan samaran yang digunakan untuk memanggil atau menyeru housement....

masih teringat difikiranku, aku telah ditengking oleh seorang MO, Dr Jasjit( MO ini akan aku ingat sampai mati!!!) pada malam pertama memulakan on call selaku housement "hei baageee, u want me to throw u down from this floor(3rd floor) or u want to jump from here!!!" " stupid! bloody fool monkey!!!" pada ketika itu, aku merasakan amat tercabar, "inikah kerja seorang doktor?, dimanakah maruah seorang doktor, yang dikatakan memegang jawatan yang profesional? inikah yang akan aku lalui sepanjang 2 tahun nanti? huuuhhh... dasyat... dasyat...

masih lagi aku terkenang, pada pukul 5 pagi, ketika semua insan yang bergelar manusia sedang lena diulik mimpi, aku sudah terpacak di ward 3C! memulakan tugas selaku pecacai! ambik darah, tengok result yang tak siap, hafal kes, berlari ke lab melakukan investigation, kejut pesakit, solat subuh!!! sedar tak sedar, dah pukul 7 pagi... baju yang dipakai dah basah dek peluh... hati dah tak tenang...sebab masa ni ward round akan bermula... sebab masa ini adalah masa untuk ditengking, diperli, diugut akan di extend sekiranya prestasi tak memuaskan... macam macam lah.....

emmm... aku masih teringat, satu kes yang berlaku... seorang pesakit telah di miss manage oleh doktor, my MO laaa (sapa lagi).... walaupun aku telah menegur MO aku tentang keadaan pesakit dan perlu dilakukan sesuatu kepada pesakit, namun MO buat dek ja... nak dijadikan cerita, specialist telah dapat menghidu yang telah berlaku miss management untuk pesakit ini... dalam hati, habis la aku... mesti aku yang kena.... so, akhir cerita... last sekali, MO dapat meloloskan diri... pecacai angkat tahi ni laaa yang kena... bergema satu ward dengan suara specialist.... nak buat macam mana... sebab memang dah lumrah... APA APA KESILAPAN YANG BERLAKU, HOUSEMENT YANG SALAH. alaaaa.. macam yang selalu terpangpang di dada akhbar laaa.... semua kesalahan diletakkan di bahu housement(pegawai perubatan pelatih). itulah lumrah menjadi houmement! buat betul orang tak puji, buat salah..... habis la kamu... bagaikan mentimun dilenyek oleh durian... lenyai....

apabila aku memulakan posting di jabatan O&G.... lagi hebat... orang pompuan nak mengandung kat kedah ni amat lah ramai... tak terbilang.. sehari, adalah dekat 40-50 orang beranak.... sooo.. dijadikan cerita... aku ditugaskan menjaga lobour room... AMAT HEBAT!!! bagaikan aku ni berada di medan Perang!!! dasyat sungguh!!! staff nurse yang bodoh, tak reti buat kerja, kerja duk mengumpat, bersembang ja reti, kerja depa duk " Dr Nazli, CTG patient tak elok, Dr Nazli noted ye!!!" "mai la tengok patient, kalau apa apa jadi, Dr jawab yeeee" cuba bayangkan, dengan ada 10 pesakit nak beranak dalam satu masa, 5 pesakit di CMR(macam ICU la, tapi ini khas untuk orang pregnant), baby yang keluar nak kena tengok, ada patient yang post delivery berdarah banyak tak berenti, nak kena clerk patient yang baru masuk, ada baby yang lahir flat!! anda pulak bekerja seorang diri!!! SERIUS!!! SERIUS !!! SERIUS AMAT AMAT DASYAT!!!... AMAT AMAT AMAT (kalau blh nak tulis sampai ambis page) DASYAT!!!! Macam di medan perang!!! kiranya ditanya tempat mana yang anda tidak mahu pergi selepas neraka... Jawapannya ialah LABOUR ROOM!!!

sooo... dengan suasana kerja begini, hidup tak menentu... stress dengan kerja... cuti hujung minggu pun tak ada... sooo.... bagaimana aku blh survive!!! hebat bin ajaib!!!

jawabnya ialah.... pujian dari pesakit!!! pada satu hari... sedang sibuk membuat kerja(sibuk sampai makan pun tak sempat) maklumlah, on call.... (makan tengah hari pun tak, malam pun tak...) aku sedang clerk seorang pesakit... dia mengidap barah payudara... telah merebak ke tulang... aku dengan biasa, walaupun sibuk, letih, masih blh senyum dan berlawak jenaka dengan pesakit... akhir sekali, pesakit tu cakap "nasib baik lah Dr Nazli yang on call hari ni, mak cik syok sangat, sebab dr nazli baik, selalu senyum... kalau Dr lain, nak senyum pun susah..terima kasih Dr..." aku terkesima.... hebat sangat ka aku ni... sekadar kuli pecacai ja... tapi, bila pesakit berkata macam tu, aku rasa semua penat lelah.. macam hilang... rasa macam berbaloi...

sooo... sekarang semua pengalaman selaku housement... biar la aku simpan... pengalaman yang sukar untuk dicari ganti... amat bernilai... amat hebat... walaupun ia suatu yang amat dasyat, amat dibenci.. namun, untuk memperoleh pengalaman sebegini... amat sukar dicari ganti... aku amat berbangga dengan pengalaman pengalaman ini... amat HEBAT dan BERNILAI.. namun... untuk mengulanginya semula... TIDAK sama sekali!!!

1 comment:

  1. menarik pengalam nye..huhu..sy nya pkwe gah stdy medc .sy susah nak phm situasi dia..huhu..walhal baru belajar,lom keje lg..tak tau nak cuba phm cane.camne ea akk?

    ReplyDelete